Privasi berkuasa demi ketenangan fikiran

Sertai Senarai Menunggu

Apa itu VPN?

Rangkaian peribadi maya melindungi sambungan ke internet, menjadikan lokasi dan aktiviti dalam talian anda lebih peribadi pada kesemua peranti.

Lihat bagaimana Mozilla VPN melindungi anda.

Mozilla VPN masih belum terdapat di negara anda

Sertai Senarai Menunggu

Bagaimana VPN membantu anda

  • Melindungi data anda di Wi-Fi awam

    Log masuk ke bank atau platform kesihatan anda dari lapangan terbang, kafe atau di mana jua dengan hati yang tenang.

  • Menghalang pengiklan daripada mensasarkan anda

    Sembunyikan aktiviti anda daripada penjejak dan malware agar anda boleh berbelanja tanpa takut diperhatikan.

  • Membantu anda mengakses kandungan dari seluruh dunia

    Melayari kandungan strim, laman web atau strim langsung dari negara lain sambil mengembara atau dari rumah.

Ciri-ciri

  • Sambungkan sehingga 5 peranti

  • Lebih daripada 500 pelayan di 30+ buah negara

  • Kelajuan jaringan pantas walaupun ketika bermain permainan video

  • Kami tidak merekod, menjejak atau berkongsi data rangkaian anda

  • Tiada halangan jalur lebar atau pemecut

  • Keselamatan ekstra: Perlindungan peranti keseluruhan, penghalaan multi-lompat & banyak lagi

Lihat semua ciri

Daripada jenama yang boleh anda percayai

Mozilla adalah syarikat internet bukan berasaskan keuntungan yang memperjuangkan internet yang sihat sejak 1998.

Seperti yang dilihat dalam

  • The Washington Post

    "VPN Mozilla boleh juga diintegrasikan bersama ciri perlindungan privasi pelayar Firefox kepunyaannya."

  • The Verge

    "…ciri unik, seperti Multi Account Container, boleh menjadikan ciri ini lebih mudah diakses oleh pengguna yang mempunyai kebimbangan privasi yang lebih serius."

  • Tech Radar

    "Senarai ciri Mozilla VPN telah bertambah semenjak dilancarkan, dan perkhidmatan ini mengatasi banyak VPN lain di dalam arena tertentu."

Ketahui lebih lanjut melalui pakar-pakar kami

Lihat sumber lain